PRK Parlimen Cameron Highlands isyarat UMNO, BN masih releven - Utusan Malaysia

PRK Parlimen Cameron Highlands isyarat UMNO, BN masih releven

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jan.- Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands merupakan satu isyarat bahawa UMNO dan BN masih relevan untuk memperjuangkan negara, bangsa dan agama.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, keputusan PRK Cameron Highlands juga membuktikan blok pembangkang perpaduan semakin kukuh di antara UMNO dan Pas.

“Wanita UMNO melahirkan rasa syukur di atas kemenangan calon BN, Ramli Mohd. Nor dan kemenangan satu isyarat yang jelas bahawa UMNO dan BN masih relevan.

“Terima kasih kepada pengundi Cameron Highlands yang telah membuat keputusan tepat dengan mengangkat Ramli sebagai ahli Parlimen Orang Asli yang pertama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam PRK Parlimen Cameron Highlands semalam, BN mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti besar iaitu 3,238.

Calon BN, Ramli mendapat 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran yang mendapat 8,800 undi.

Dua calon Bebas, Sallehuddin Ab. Talib memperoleh 314 undi manakala dan Wong Seng Yee 276 undi. – UTUSAN ONLINE –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×