KUALA LUMPUR – Tiga lelaki yang pernah ditahan sebelum ini kerana terlibat dengan dadah diberkas sekali lagi berhubung kes sama bersama rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.14 juta pada Rabu lalu.
Turut ditahan dalam operasi bermula pukul 10.30 malam itu ialah seorang lelaki menjadikan jumlah tangkapan seramai empat orang. Mereka berusia 26 hingga 33 tahun.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, dua suspek ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2), Sepang namun tiada sebarang rampasan dibuat.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










