RON 95,97 dan Diesel naik 6 sen, 12 sen - Utusan Malaysia

RON 95,97 dan Diesel naik 6 sen, 12 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Jan. -Harga runcit produk petroleum bagi RON 97 dan RON 95 dinaikkan sebanyak 6 sen seliter dengan nilai masing-masing menjadi RM2.28 dan RM1.98 sen bermula tengah malam ini sehingga 25 Januari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, bagi harga diesel turut dinaikkan sebanyak 12 sen seliter daripada RM2.05 seliter kepada RM2.17 seliter bagi tempoh sama.

“Kenaikan ini berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia telah menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu lalu,” katanya di sini hari ini.

Siaran media Kementerian Kewangan
Siaran media Kementerian Kewangan 

Bemula 4 Januari lalu, harga runcit produk petroleum telah diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×