Nelayan asing curi gamat negara ditangkap - Utusan Malaysia

Nelayan asing curi gamat negara ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 18 Jan. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan merampas dua bot dan menahan sembilan nelayan asing Vietnam yang menceroboh perairan negara dan menangkap gamat di 80.6 kilometer dari Kuala Tok Bali, dekat sini, semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia Kelantan, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata, dalam Op Damai Maritim Malaysia pada pukul 8 pagi itu, kedua-dua bot nelayan asing cuba melarikan diri namun berjaya dipintas dalam masa 30 minit.

Menurutnya, kedua-dua bot berkenaan disita bersama hasil gamat dan peralatan menangguk gamar yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM600,000.

GAMAT mendapat permintaan tinggi bagi industri kosmetik dan perubatan di luar negara. - UTUSAN ONLIN
GAMAT mendapat permintaan tinggi bagi industri kosmetik dan perubatan di luar negara. – UTUSAN ONLINE

“Bot mereka ditunda masuk ke jeti Pangkalan Operasi Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali walaupun keadaan angin kencang dan laut bergelora,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Ismail berkata, kesemua nelayan asing berkenaan didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan direman bagi siasatan lanjut selama 14 hari mulai hari ini.

SEMBILAN nelayan asing Vietnam selepas mendapat tahanan reman di Pengkalan Operasi Maritim Malaysia
SEMBILAN nelayan asing Vietnam selepas mendapat tahanan reman di Pengkalan Operasi Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Mereka disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM1 juta bagi pemilik atau tekong manakala tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun bagi awak-awak jika disabitkan kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×