Najib solat Jumaat diimamkan Tuan Ibrahim - Utusan Malaysia

Najib solat Jumaat diimamkan Tuan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 17 Jan – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah Sungai Koyan di sini hari ini yang diimamkan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Najib menunaikan solat di saf hadapan bersama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad serta calon Barisan Nasional (BN) Ramli Mohd. Nor.

Dalam khutbahnya, Tuan Ibrahim menegaskan kepentingan isu perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam iaitu bersatu padu atas satu ukhuwah Islam.

“Allah bukan sahaja menyuruh mendirikan solat, menunaikan zakat, membina kesatuan ummah tetapi juga menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh dalam kehidupan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×