Felda United enggan guna geran tahunan selesai tunggakan gaji - Utusan Malaysia

Felda United enggan guna geran tahunan selesai tunggakan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Presiden Kelab Bola Sepak Felda United (FUFC), Anuar Malek mengakui sebolehnya enggan menggunakan peruntukan geran tahunan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebagai langkah menyelesaikan tunggakan gaji pemain musim lalu yang masih berbaki dua bulan.

Pasukan yang telah dinaikkan pangkat ke Liga Super musim depan masih terpalit isu tunggakan gaji namun, FUFC telah melangsaikannya untuk tempoh satu bulan minggu lalu.

“Kalau boleh kami enggan menggunakan mana-mana geran sekalipun yang akan diberikan kepada pasukan menjelang musim baharu di Liga Super 2019,” katanya ketika ditemui pada Majlis Memperkenalkan Pemain Import Felda United di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×