Pelik kalau rakyat masih percaya janji PH - Utusan Malaysia

Pelik kalau rakyat masih percaya janji PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 18 Jan. – Pendidikan percuma dan menghapuskan tol antara janji Pakatan Harapan (PH) yang masih belum ditunaikan serta ditunggu-tunggu oleh rakyat sehingga kini.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat tidak sepatutnya terpedaya dengan janji manis PH yang sehingga kini masih belum ditunaikan.

Malah, beliau menyifatkan sesuatu yang pelik kepada rakyat andai ada yang masih percaya dan terpedaya dengan janji PH.

“Kalau rakyat boleh terima juga PH sedangkan manifesto sebelum ini pun mereka tidak tunai ini, ini sesuatu yang pelik.

“Sebab itu kita perlu tambah kerusi di Parlimen untuk memperkuatkan suara pembangkang,” katanya ketika ditemui pemberita di pasar pagi Kuala Medang di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×