Sasar 50 peratus IBS bagi projek swasta - Utusan Malaysia

Sasar 50 peratus IBS bagi projek swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Jan. – LEMBAGA Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menyasarkan penggunaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) sebanyak 50 peratus bagi sektor pembinaan swasta menjelang 2020.

Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid berkata, buat masa ini, penggunaan IBS dalam sektor swasta adalah dianggarkan pada kadar 35 peratus.

Perkara itu merupakan satu perkembangan positif yang ma­na pemain industri pembinaan swas­ta telah mula menggunakan IBS, terutamanya bagi projek pembinaan bangunan di sekitar Lembah Klang.

“Jika kita lihat sekitar Kuala Lumpur sahaja, hampir semua projek bangunan tinggi menggunakan IBS, kerana pemaju pun tahu memang tidak berdaya maju sekiranya mereka menggunakan cara konvensional.

“Boleh dikatakan, untuk projek bangunan tinggi di sekitar Kuala Lumpur sahaja sudah mencapai 90 peratus,” katanya kepada pemberita selepas perasmian IMPACT iaitu satu program penilaian dan pensijilan bagi IBS di sini hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

IBS merupakan teknik pembinaan yang mana komponen-komponen bangunan dihasilkan di kilang dalam persekitaran terkawal sebelum dihantar ke tapak pembinaan untuk dipasang.

Penggunaan IBS dilihat dapat mengurangkan kebergantung­an terhadap tenaga buruh di sam­ping membantu mempercepatkan masa pembinaan dan me­ngurangkan kenaikan kos bahan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×