Agong tunai solat Jumaat di Kubang Kerian - Utusan Malaysia

Agong tunai solat Jumaat di Kubang Kerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 4 Jan. – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, di sini.


Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Mufti negeri, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, barisan exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri.


Kira-kira 2,000 jemaah hadir menunaikan solat berkenaan yang diketuai imam,Ustaz Abdul Bari Abdullah.


Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (tengah) berkenan menunaikan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (tengah) berkenan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Sultan Ismail Petra Kunang Kerian hari ini.Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (dua, kanan) dan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad (kanan).– fotoBERNAMA

Sebaik selesai solat fardu itu, baginda dan jemaah turut menunaikan solat hajat bagi memberkati pemerintahan baginda yang kini sudah kembali bertugas selepas beristirahat menjalani rawatan bermula 2 Nov sehingga 31 Disember tahun lalu. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×