Lapan orang tersangkut 9 jam di pesta ria Perancis - Utusan Malaysia

Lapan orang tersangkut 9 jam di pesta ria Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RENNES, Perancis 1 Jan. – Keriangan lapan warga Perancis bermain salah satu permainan di pesta ria menjelang tahun baharu bertukar tragedi apabila tersangkut sekitar sembilan jam di atas udara semalam.

Salah seorang mangsa, Antoine, 23, berkata, waktu mereka tersangkut itu dirasai begitu lama, sejuk dan menakutkan.

“Saya tidak menyangka dapat keluar dengan selamat, ianya begitu traumatik,” katanya.

Antoine, lima remaja dan dua lagi orang dewasa menaiki permainan dikenali sebagai ‘BomberMaxxx’ yang berpusing 360 darjah namun tiba-tiba tersangkut.

Pasukan bomba membuat percubaan beberapa kali bagaimanapun tiada berjaya dengan tangga sepanjang 30 meter.

Kemudian sebuah helikopter dipanggil bagi menyelamatkan seorang mangsa sebelum tengah malam tadi.

Beberapa jam kemudian, sistem tali disiapkan dan berjaya membawa keluar semua mangsa dengan selamat.

Sementara itu, pemiliknya, Alexandre Thinel memberitahu, bahagian baharu permainan itu telah pecah dan tersekat yang tidak pernah berlaku sebelum itu.

“Nasib baik tiada membawa bahaya kepada pelanggan cuma masalah ketika membawa mereka turun,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×