WASHINGTON 19 Dis. – Para pekerja gudang Amazon di Minneapolis yang beragama Islam mengadakan demonstrasi aman baru-baru ini bagi menuntut agar mereka diberikan tempoh masa yang lebih lama untuk solat.
Lapor portal Vox, ketika ini, seorang pekerja gudang diberikan dua waktu rehat iaitu selama 15 minit sahaja manakala satu waktu rehat selama 30 minit bagi mereka yang bekerja selama 12 jam.
Mereka menyatakan tempoh waktu rehat terbabit tidak mencukup bagi mengerjakan solat.
Memuatkan artikel berkaitan…
Susulan demonstrasi terbabit, Amazon menerusi satu kenyataan dikeluarkan, pihak pengurusan syarikat itu akan berbincang berhubung perkara berkenaan dengan pekerja.











