Polis buru samseng bunuh Adib - Utusan Malaysia

Polis buru samseng bunuh Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis kini memperkemaskan siasatan bagi memburu samseng yang bertanggungjawab dalam kejadian rusuhan hingga menyebabkan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim meninggal dunia akibat dibelasah ketika hendak mema­damkan api di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafields, Subang Jaya bulan lalu.

Tindakan itu dilakukan selepas polis mengklasifikasikan semula kes berkenaan kepada kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sebelum ini kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Sehubungan itu, Mohamad Fuzi meminta agar orang ramai tidak melakukan tindakan yang boleh membangkitkan sensitiviti bagi mengelakkan tercetusnya situa­si ketidaktenteraman awam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×