300 orang sertai Monsoon Beach Challenge 2018 - Utusan Malaysia

300 orang sertai Monsoon Beach Challenge 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REKREASI. Seramai 300 orang peserta terdiri daripada penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan penduduk komuniti menyertai program Monsoon Beach Challenge 2018 di Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Ts Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali berkata, program anjuran Pusat Sukan dan Rekreasi universiti berkenaan bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri peserta.

“Antara IPTA yang mengambil bahagian adalah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Politeknik Kota, Universiti Teknologi Mara cawangan Chendering dan Dungun serta penduduk komuniti sekitar UMT.

“Terdapat tiga acara sukan yang dipertandingkan iaitu Bola Jaring Pantai, Kayak dan Bola Tampar Pantai campuran. Program ini akan dijadikan acara tahunan bermula tahun hadapan dengan lebih banyak sukan dipertandingkan,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×