Shafee fail permohonan singkir Sri Ram - Utusan Malaysia

Shafee fail permohonan singkir Sri Ram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang menghadapi empat pertuduhan termasuk menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri telah memfailkan permohonan agar bekas Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram menarik diri daripada mengetuai pasukan pendakwaan kesnya itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Izzat Fauzan ketika ditemui pemberita berkata, pihak pembelaan telah menye­rahkan notis usul dan afidavit permohonan tersebut kepada pihak pendakwaan. Mahkamah kemudian menetapkan 22 Januari tahun depan untuk pihak pendakwaan memfailkan afidavit jawapan berkenaan permohonan itu.

“Kes ditetapkan untuk pe­ngu­rusan kes pada 24 Janua­ri depan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Collin Lawrence Sequerah,” kata­nya selepas prosiding di kamar Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Azura Mohd. Saad di sini hari ini.

Sementara itu, peguam, Sarah Abishegam yang mewakili Muhammad Shafee ketika dihubungi memaklumkan pihaknya telah memfailkan permohonan itu pada minggu lalu.

Pada 13 September lalu, Muhammad Shafee memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi yang beliau akan membuat permohonan untuk melucutkan kelayakan Sri Ram daripada mengendalikan​​​​​​ kesnya kerana bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu berada dalam kapasiti tidak bebas dan mempunyai agenda.

Pada 31 Ogos lalu, Peguam Negara Tommy Thomas me­ngumumkan pelantikan Sri Ram yang juga peguam terkemuka sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan untuk mengendalikan keseluruhan proses pendakwaan melibatkan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam kenyataan medianya, Thomas berkata, pelantikan itu seiring dengan Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah memandangkan Sri Ram mempunyai pengalaman yang luas dalam undang-undang jenayah dan beliau akan berkhidmat secara pro bono.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×