Ibu minta kurang harga minuman - Utusan Malaysia

Ibu minta kurang harga minuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN 18 Dis. – Mungkin telah lama tidak keluar ke pekan Jengka di sini, seorang ibu berusia 40-an yang merupakan warga peneroka di kawasan berkenaan berbuat demikian bersama lima anaknya baru-baru ini.

Penat berjalan, lima anaknya itu meluru ke gerai menjual air dan makanan milik Roslan Ismail yang terletak di tepi jalan di pekan tersebut.

ZAINUDIN BAHADON
ZAINUDIN BAHADON

Melihat anak-anaknya kehausan, ibu berkenaan terpaksa mengikut permintaan mereka dan berhasrat membeli air tetapi tanpa rasa segan wanita itu meminta air yang dijual pada harga RM2 dikurangkan kepada RM1.

Begitu gambaran keadaan peneroka Felda ketika ini yang terbeban dengan kejatuhan harga komoditi yang menghimpit kehidupan.

Roslan berkata, wanita ber­kenaan memberitahunya bahawa dia tiada duit mencukupi dan berasa sedih melihat keada­an mereka.

“Saya tidak kurangkan harga tetapi sedekahkan kepada mereka air itu,” katanya yang telah 26 tahun berniaga air dan makanan di situ ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Dalam pada itu, Roslan berkata, kejatuhan harga komoditi pada masa ini turut mempe­ngaruhi perniagaan di kawasan pekan Jengka yang hampir ke­semuanya adalah peniaga Me­layu.

“Walaupun harga bahan men­tah seperti keropok naik sebanyak tiga kali setahun tetapi saya tidak dapat menaikkan harga jualan kerana kemam­puan pembeli yang kebanyakannya masyarakat Felda adalah rendah,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang peniaga char kuey teow, Zainudin Bahadon, 52, berkata, dalam keadaan harga kelapa sawit yang rendah, ramai pelanggan tetapnya dalam kalangan pe­neroka ‘hilang’.

“Sekarang hendak nampak peneroka datang makan pun agak susah. Baru-baru ini, saya berjumpa dengan seorang pak­cik yang sebelum ini kerap datang dan dia berkata hendak ‘ngeteh’ pun tidak lepas dengan harga sawit yang murah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×