Tiga bulan rumah ‘berendam’ air - Utusan Malaysia

Tiga bulan rumah ‘berendam’ air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SEBUAH rumah yang didiami satu keluarga di Kampung Seri Perkasa, Hutan Melintang, Perak ‘terkepung’ oleh air sejak tiga bulan lalu, gara-gara projek pembinaan lebuh raya bersebelahan kediaman tersebut.

Meskipun aduan telah dibuat kepada pihak berwajib dan beberapa jabatan kerajaan turun padang meninjau keadaan itu, namun sehingga kini masih belum ada tindakan berkesan dilakukan.

Akibat masalah tersebut, keluarga terbabit mengalami kerugian di mana banyak bahagian rumah rosak kerana terlalu lama digenangi air.

Apa yang menyedihkan, keluarga berkenaan terdiri daripada ibu tunggal, kanak-kanak dan pesakit kronik.

Sehubungan itu, saya merayu kepada mana-mana pihak agar berbuat sesuatu kepada keluarga itu.

WONG JOWO SEMPATI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×