Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp. tamat tempoh kontrak - Utusan Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp. tamat tempoh kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Shahril Mokhtar akan menamatkan tempoh perkhidmatannya pada penghujung tahun ini.

Susulan itu, Lembaga Pengarah MRT Corp. yang bermesyuarat pada 14 Disember 2018 telah membuat keputusan untuk melantik Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Pihak Berkepentingan Datuk Najmuddin Abdullah sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif.

“Najmuddin akan memegang jawatan tersebut sehingga Ketua Pegawai Eksekutif baharu dilantik oleh Kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Syarikat itu berkata, Shahril, yang mengambil alih pucuk pimpinan syarikat pemilik and pemaju Projek MRT Lembah Klang pada 5 Januari 2015, tidak akan melanjutkan tempoh kontraknya yang akan tamat pada 31 December 2018.

“Keputusan ini adalah untuk membolehkannya menceburi kerjaya yang lain,” katanya.

Sementara itu Shahril berkata, peluang yang diberi kepadanya untuk berkhidmat dan menerajui MRT Corp merupakan satu penghormatan yang amat besar.

“Saya akan sentiasa menghargai setiap detik semasa saya di MRT Corp, terutamanya detik-detik kemuncak seperti pembukaan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, dan pelancaran pembinaan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×