Letupan bom di Skai TV - Utusan Malaysia

Letupan bom di Skai TV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS 17 Dis. – Letupan bom menyebabkan ibu pejabat rangkaian televisyen dan radio swasta, Skai (Skai TV) mengalami kerosakan minor di Greece hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi waktu tempatan itu, bom buatan sendiri meletup selepas 45 minit panggilan telefon dibuat orang tidak dikenali memberi amaran kepada rangkaian televisyen lain.

Menurut Menteri Perlindungan Awamnya, Olga Gerobassili, memberi amaran kepada mereka yang cuba membuka ruang kepada keganasan atau fasisme.

“Sistem demokrasi tidak terancam,” katanya ketika melawat lokasi kejadian di sini hari ini.

Bom itu diletakkan berdekatan pagar bangunan itu mengakibatkan cermin pada pintu utama pecah.

Serangan menyasarkan kumpulan siaran, syarikat awam dan kedutaan semakin kerap berlaku yang didakwa dilakukan anarkis atau kumpulan haluan kiri sejak beberapa tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×