[VIDEO] RM601,650 dadah dirampas - Utusan Malaysia

[VIDEO] RM601,650 dadah dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 16 Dis. – Pelbagai jenis dadah bernilai RM601,650 dirampas dalam dua serbuan berasingan di Taman Perling dan Ulu Tiram di sini pada Selasa dan Khamis lalu.


Video oleh NURUL HUDA HASAN

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, serbuan pertama pada 7.30 petang, sepasukan anggota MPV Johor Bahru Selatan mengesan sebuah kereta Honda Accord di Taman Perling dalam keadaan mencurigakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas kereta yang dinaiki seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun dan lelaki Indonesia, 58, polis menemukan 5.121 kilogram dadah jenis syabu dan 9,970 biji pil ekstasi bernilai RM505,650.

“Dalam serbuan kedua pada 12 tengah hari Khamis lalu, kita menahan seorang wanita berusia 27 tahun di Ulu Tiram yang menaiki kereta Perodua Myvi.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu, polis menemukan dadah jenis heroin seberat 5.458kg bernilai RM96,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Johor di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, kesemua suspek yang ditahan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×