Usaha lagi Harimau Malaya - TPM - Utusan Malaysia

Usaha lagi Harimau Malaya – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Walaupun tewas, kejayaan skuad kebangsaan layak ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki sudah boleh dibanggakan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengakui pada malam ini pasukan Vietnam bermain dengan lebih baik dan berharap pasukan Malaysia yang terkenal dengan jolokan Harimau Malaya akan berusaha dengan lebih keras pada masa hadapan.

“Vietnam bermain lebih baik daripada Malaysia, tahniah Vietnam berjaya merangkul kejuaraan.

“Tahniah skuad Harimau Malaya kerana berjaya mara sehingga peringkat akhir. Kena berusaha keras lagi,” katanya dalam kenyataan di laman Twitter miliknya.

Skuad kebangsaan tewas dengan agregat 2-3 kepada Vietnam setelah mencatat keputusan seri 2-2 di gelanggang sendiri Selasa lalu kemudian tewas 1-0 di Hanoi, malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×