Terengganu buka semula pusat pemindahan banjir - Utusan Malaysia

Terengganu buka semula pusat pemindahan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 15 Dis. – Pusat pemindahan banjir di negeri ini dibuka semula petang ini membabitkan daerah Hulu Terengganu dan Dungun.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt. Kol (PA) Che Adam Abdul Rahman berkata, bagi daerah Hulu Terengganu pusat pemindahan yang dibuka ialah di Kampung Sekayu, Pengkalan Ajal, Masjid Kampung Cheting dan Kampung Pelandan dengan didiami keseluruhan 152 mangsa daripada 35 keluarga.

Katanya, di Dungun pula, seramai 32 mangsa daripada tujuh keluarga kini ditempatkan di surau Kampung Besol Lama, Bukit Besi sejak ia dibuka pada pukul 1 petang tadi.

Terdahulu, empat pusat pemindahan banjir di Kemaman ditutup secara berperingkat mulai pagi ini iaitu di balairaya Padang Kemunting, dewan orang ramai Teladas, Masjid Batu 16 Tebak dan dewan orang ramai Batu 14. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×