Agong curi tumpuan kakitangan, pelanggan KFC - Utusan Malaysia

Agong curi tumpuan kakitangan, pelanggan KFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Para pekerja dan pelanggan sebuah restoran makanan segera KFC di sini dikejutkan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke restoran itu tengah hari tadi.

Al-Sultan Abdullah dikhabarkan berkenan ke restoran tersebut selepas selesai menunaikan solat Jumaat.

Gambar yang memaparkan baginda diiringi beberapa pegawai pengiring beratur dan memesan sendiri makanan di kaunter restoran itu dimuat naik di laman sosial Instagram rasmi Istana Negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rata-rata pengguna laman sosial berkenaan memberikan reaksi positif dengan tindakan spontan baginda yang bersahaja. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini