LYON 21 Jun – Polis di 78 negara menahan 672 orang dalam koordinasi global tindakan keras bagi bahaya potensi minuman dan makanan tiruan, hari ini.
Menurut Interpol, peket keju dan ayam yang dijual mengikut tarikh telah diubah, daging disimpan dalam keadaan tidak bersih dan minuman mengandungi bahan berbahaya antara dirampas.
“Operasi dijalankan antara Disember 2018 dan April lalu dikoordinasi oleh Interpol di Perancis dan Europol dengan rampasan bernilai lebih 117 juta dolar (RM 485.9 juta),” katanya.
Pihak berkuasa merampas hampir 14,000 liter minuman ringan mengandungi bahan aktif dalam dadah digunakan merawat mati pucuk yang boleh mengancam nyawa konsumer di Zimbabwe.
Arak haram menjadi sebahagian besar daripada rampasan dengan menyaksikan kilang vodka bawah tanah ditutup dan 4,200 liter alkohol tiruan pelbagai saiz dirampas di Rusia. – AFP











