Mitrajaya dapat kontrak pengubahsuaian RM89.99 juta - Utusan Malaysia

Mitrajaya dapat kontrak pengubahsuaian RM89.99 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Subsidiari milik penuh Mitrajaya Holdings Berhad (Mitrajaya), Pembinaan Mitrajaya Sdn. Bhd. memperoleh kontrak bernilai RM89.99 juta daripada Idaman Putrajaya Sdn. Bhd. bagi cadangan kerja-kerja pengubahsuaian sebuah hotel di Presint 5, Putrajaya.

Mitrajaya dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, tempoh kontrak itu adalah 38 minggu dari tarikh perolehan tapak pada 25 Jun depan.

“Kontrak tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset-aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 sehingga 31 Mac 2020,” katanya di sini hari ini. – BERNAMA

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini