Pasangan kekasih antara ditahan edar heroin bernilai RM42,250 - Utusan Malaysia

Pasangan kekasih antara ditahan edar heroin bernilai RM42,250

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 21 Jun – Tiga individu terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan ditahan semalam kerana dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah jenis heroin seberat 905 gram dengan nilai rampasan bernilai RM45,250.

Serbuan ke atas kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 28 hingga 53 tahun itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Rapat di sini, kira-kira pukul 10.45 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, Asisten Komisioner V. R. Ravi Chandran berkata, turut disita dalam serbuan tersebut ialah sebuah kereta dan motosikal dengan anggaran nilai semasa sebanyak RM18,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek merupakan sepasang kekasih lelaki dan perempuan yang tidak bekerja dan masing-masing memiliki lima dan satu rekod kes berkaitan dadah.

“Seorang lagi yang ditahan merupakan adik lelaki kepada perempuan berkenaan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan tetapi tidak memiliki sebarang rekod kesalahan lampau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ekoran penahanan itu, Ravi Chandran berkata, kesemua suspek direman sehingga 27 Jun ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini