Barty bermula dengan langkah cemerlang - Utusan Malaysia

Barty bermula dengan langkah cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM – Juara Kejohanan Tenis Terbuka Perancis, Ashleigh Barty memulakan kempennya di Terbuka Klasik Birmingham dengan kemenangan 6-3, 6-4 ke atas pemain Croatia, Donna Vekic di pusingan pertama awal pagi semalam.

Barty yang merangkul gelaran Grand Slam pertama dalam kariernya di Roland Garros dua minggu lalu, bakal berdepan pemain Amerika Syarikat (AS), Jennifer Brady di pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di atas ge­langgang rumput tersebut.

“Saya rasa permainan saya pada permulaan kejohanan ini berjalan dengan lancar. Kaki saya bergerak dengan baik di atas rumput.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebanyakan pemain tidak mempunyai banyak masa untuk menyesuaikan diri di ge­langgang permukaan rumput ini berikutan masalah cuaca.

“Namun, ia (permainan) menjadi semakin baik. Saya hanya bermain mengikut rentak saya sendiri dan cuba berusaha untuk memenangi perlawanan sebaik mungkin,” jelas Barty.

Pemain Australia itu melonjak ke tangga kedua dalam ranking pemain wanita dunia dan berpeluang merampas kedudukan No. 1 dunia daripada Naomi Osaka jika menjuarai kejohanan ini.

Keputusan lain menyaksikan pemain No. 3 dunia, Karolina Pliskova tewas kepada adik kembarnya, Kristyna 6-2, 3-6, 7-6 (9/7) manakala Johanna Konta pula tunduk 6-3, 6-4 kepada Jelena Ostapenko. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini