Erra pendam sebuah duka - Utusan Malaysia

Erra pendam sebuah duka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mengenali figura bernama Erra Fazira, beliau bukanlah seorang yang mudah melatah apatah lagi melarikan diri andai dibadai ribut kontroversi.

Pemilik nama Fazira Wan Chik itu seorang yang cukup tenang berhadapan khalayak dan media. Seperti yang ditunjukkan saat dikerumuni oleh wartawan bagi bertanyakan isu perbalahannya dengan rakan selebriti, Datin Seri Umie Aida apabila ditemui pada majlis sidang akhbar program Mingguan Wanita di Ben’s, The Gardens Mall, kelmarin.

Masih mampu menguntum senyuman manis, pelakon filem Pasrah itu penuh santun memohon agar isu tersebut tidak lagi diperdebatkan. Pintanya, biarlah kemelut berkenaan tamat sebagaimana yang sudah diketahui umum.

Memuatkan artikel berkaitan…

Desis wanita berusia 45 tahun itu lagi, biarlah setiap duka dan kesedihan yang dialami akibat tersebut dipendam jauh di sudut hati tanpa dikongsi dengan sesiapa.

KOSMO!: Bagaimanakah kehidupan Erra tanpa rakan-rakan baik di sisi?

ERRA: Alhamdulillah, saya masih okey. Saya mungkin hilang atau tiada kawan tetapi saya tidak keseorangan. Saya masih punya anak, keluarga dan paling penting Tuhan Yang Maha Esa sentiasa ada untuk hamba-Nya.

Apakah sebenarnya yang berlaku antara anda berdua?

Saya mohon maaf kerana tiada siapa yang akan mendapat jawapan daripada saya tentang hal itu. Saya memilih untuk berdiam diri dan menutup buku tentang apa sahaja yang telah berlaku. Saya cuma mahu meneruskan kehidupan seperti biasa.

Adakah isu ini kontroversi paling dahsyat pernah anda alami?

Entahlah, saya tidak pandai hendak meletakkan tahap tertentu untuk setiap insiden yang berlaku kepada saya. Mungkin ia antara paling memberi kesan tetapi saya sudah reda.

Adakah anda berasa sedih dengan apa yang terjadi?

Soal bersedih atau berduka,biarlah saya simpan sendiri rasa itu. Saya ada tempat untuk saya mengadu iaitu kepada Allah yang satu.

Namun, saya akan kenang apa yang berlaku sebagai titik hitam dalam hidup saya.

Apakah pengajaran yang anda terima daripada kejadian ini?

Saya rasa bukan hanya daripada apa yang berlaku baru-baru ini malah bagi setiap apa yang menimpa saya selama ini, saya kutip sebagai pengalaman dan pedoman. Perkara itulah yang mengajar saya untuk menjadi lebih baik dalam apa jua keadaan.

Adakah anda mempunyai sebarang nasihat buat peminat yang menyokong atau yang memberi kecaman?

Saya mohon jangan ada yang memilih mana-mana pihak dan saling membuat provokasi.

Cukuplah dengan apa yang berlaku dan sudah selesai antara pihak yang terbabit. Apa yang buruk jadikan batasan yang baik simpan jadi teladan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini