Tolak keputusan Lembaga Disiplin enggan pecat Haziq - Utusan Malaysia

Tolak keputusan Lembaga Disiplin enggan pecat Haziq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Selepas Angkatan Muda Keadilan (AMK), sayap Wanita PKR pula tampil menolak keputusan Lembaga Disiplin parti itu yang tidak memecat Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz, walaupun lelaki itu mengaku melakukan hubungan sonsang dalam video seks sejenis mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pendirian itu dilihat petanda yang Wanita PKR berada di belakang Mohamed Azmin dalam mendepani gerakan tersusun pihak tertentu di dalam parti tersebut sendiri, yang cuba membunuh kerier politik Timbalan Presiden PKR berkenaan melalui penyebaran video songsang bermula minggu lalu.

Timbalan Ketuanya, Dr. Daroyah Alwi berkata, sepatutnya Lembaga Disiplin berpendirian tegas bahawa orang yang merosakkan imej parti, dengan membuat tuduhan ke atas pemimpin parti secara amat jijik perlu dipecat dengan serta-merta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itulah yang berlaku (Lembaga Disiplin ikut suara pucuk pimpinan yang berlembut). Jadi kita rasa pendirian begitu, berikan tempoh tidak memperlihatkan ketegasan pucuk pimpinan walaupun telah clear cut (jelas) dia mengaku melakukan perkara kotor itu.

“Bagi kita Wanita PKR dan Wanita Selangor Haziq tidak sepatutnya masih dalam parti, dia sepatutnya dipecat segera,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malam semalam Naib Ketua AMK, Mohd. Nazree Mohd. Yunus secara terbuka memberitahu sayap itu sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan politik di antara Mohamed Azmin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan dalang utama kepada penyebaran video seks sejenis berkenaan.

Kaitan itu sekalipun dinafikan Anwar tetapi Mohd. Nazree berkata PKR tidak boleh lagi diperalatkan untuk kepentingan individu tertentu dan ahli keluarganya, sebaliknya perlu kembali kepada semangat asal reformasi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini