AmanahRaya bangunkan sistem wasiat dalam talian - Utusan Malaysia

AmanahRaya bangunkan sistem wasiat dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) sedang membangunkan satu sistem wasiat dalam talian di mana pelanggan tidak perlu datang ke pejabat institusi itu untuk mendapatkan perkhidmatan.

Pengerusinya, Datuk Mohd. Nasir Ali berkata, sistem yang dibangunkan secara dalaman di AmanahRaya itu kini sudah siap sebanyak 60 hingga 70 peratus.

“Sistem ini sangat rumit dan sofistikated jadi kita perlu masa kerana kita bangunkan sendiri sistem ini jadi

Memuatkan artikel berkaitan…

untuk kita siapkan selebihnya mungkin makan masa setahun lagi.

“Kita jangka sistem ini akan dapat digunakan pada suku ketiga atau akhir tahun depan. Ini fokus kita untuk memudahkan pelanggan kita di seluruh negara. Tiada lagi kekangan perjalanan untuk mereka.

“Ini bersesuaian dengan kita punya sambutan ulang tahun 100 tahun. Bila kita sambut, kita mahu AmanahRaya lebih mantap, lebih kukuh dan berteknologi tinggi,” katanya kepada Utusan Online selepas menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri AmanahRaya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini