Tiada acara istimewa - Datuk Bandar PJ - Utusan Malaysia

Tiada acara istimewa – Datuk Bandar PJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA -‘Tiada acara istimewa sempena sambutan ulang tahun ke-13 bandar raya Petaling Jaya hari ini’.

MOHD. SAYUTHI BAKAR

Demikian menurut Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Sayuthi Bakar ketika ditanya mengenai acara istimewa sempena sambutan ulang tahun bandar raya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menunggu sambutan Jubli Perak, Emas dan sebagainya. Kemungkinan ulang tahun ke-15 MBPJ nanti, sambutan secara besar-besaran akan diadakan.

“Bagaimanapun, majlis bacaan yasin bersama penduduk seperti yang diadakan sebelum ini akan diteruskan,” katanya ketika ditemui dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Stadium Petaling Jaya, Jalan SS7/15, Kelana Jaya dekat sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini