Saham Genting naik susulan pemotongan gaji CEO - Utusan Malaysia

Saham Genting naik susulan pemotongan gaji CEO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Saham Genting Malaysia Berhad dan Genting Berhad tinggi berikutan berita mengenai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Tan Sri Lim Kok Thay yang mengambil potongan gaji sebanyak 20 peratus.

Tan Sri Lim Kok Thay

Kumpulan itu yang berdepan dengan cukai perjudian yang tinggi dilaporkan mengusahakan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan kos.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malacca Securities Sdn. Bhd. dalam notanya berkata, kesan daripada cukai perjudian yang tinggi memberi kesan kepada prestasi kewangan kumpulan tersebut susulan keputusan pada tahun lepas yang rendah.

“Potongan gaji secara sukarela oleh Kok Thay itu dijangka membantu mengurangkan kos,” katanya di sini hari ini.

Berdasarkan 2019 Corporate Governance Monitor yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti, Kok Thay merupakan CEO yang menerima bayaran gaji tertinggi.

Beliau menerima imbuhan sebanyak RM80.6 juta daripada Genting Malaysia dan RM168.0 juta daripada Genting Berhad.

Pada pukul 4 petang, saham Genting Malaysia naik empat sen kepada RM3.38 dengan 8.01 juta saham diurus niaga dan Genting meningkat 21 sen kepada RM6.90 dengan 2.87 juta saham diurus niaga. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini