LEBIH 1,000 penduduk berhampiran Kampung Kuantan, Batu 4 Gombak, Kuala Lumpur di sini hidup dalam keadaan tertekan sejak dua tahun lalu berikutan kegiatan pembuangan dan pembakaran sampah sampah haram di sebuah tapak berhampiran perumahan mereka masih berterusan sehingga hari ini.

KERATAN akhbar Utusan Malaysia esok yang memaparkan penderitaan penduduk Kampung Kuantan , Batu 4 Gombak, Kuala Lumpur yang terpaksa menghidu bau busuk sampah dan asap dari tapak pembuangan sampah haram berhampiran kampung mereka sejak dua tahun lalu.
Penduduk mendakwa kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan menyebabkan menyebabkan kampung mereka semakin tercemar.
Memuatkan artikel berkaitan…
Lebih menimbulkan rasa kecewa, longgokan sampah itu telah menjejaskan kesihatan penduduk terutama warga emas dan kanak-kanak.
Butiran lanjut mengenai penderitaan penduduk dikongsi Wartawan ROSKHOIRAH YAHYA bersama Jurugambar AMIR HAFIZ AB. RAHMAN melalui rakaman video dan edisi cetak Utusan Malaysia esok.-UTUSAN ONLINE










