Rejim Jong-un bakal jatuh dalam tempoh 20 tahun - Utusan Malaysia

Rejim Jong-un bakal jatuh dalam tempoh 20 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 20 Jun – Seorang pembelot Korea Utara meramalkan rejim pemerintahan pemimpin Pyongyang, Kim Jong-un akan jatuh dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Menurut bekas diplomat Korea Utara, Thae Yong-ho, rejim pemerintahan Jong-un bakal jatuh disebabkan oleh perubahan dalam kalangan generasi muda berbanding faktor penjajahan negara asing atau kudeta.

Ujar Yong-ho, Jong-un akan menguasai negara itu sekurang-kurangnya tempoh sedekad lagi kerana kesetiaan ditunjukkan oleh generasi lama di sekelilingnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya fikir mungkin 10 tahun terlalu pendek. Saya tidak fikir rejim Jong0un akan jatuh dalam tempoh 10 tahun tetapi saya tidak fikir Jong-un akan bertahan untuk tempoh 20 tahun lagi.

“Sekiranya saya masih hidup dalam tempoh 20-30 tahun lagi, saya fikir saya boleh pulang semula ke kampung halaman,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini