Mesyuarat tergempar KAFA Sabtu ini - Utusan Malaysia

Mesyuarat tergempar KAFA Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengadakan mesyuarat tergempar Sabtu ini bagi membincangkan desakan tujuh buah pesatuan bola sepak jajahan (PBJ) supaya kongres luar biasa (EGM) diadakan segera bagi mencati pengganti Bibi Ramjani Illias Khan yang meletakkan jawatan sebagai Presiden persatuan itu kelmarin.

Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, beliau sudah mengarahkan urusetia badan induk itu memaklumkan perkara tersebut kepada barisan exco.

“Urusetia KAFA telah hubungi saya dan memaklumkan sudah menerima memorandum itu. Hanya isu berkaitan dengan memorandum sahaja yang akan dibincangkan pada mesyuarat itu nanti,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut sehingga keputusan dibuat dalam mesyuarat tergempar itu.

Pada pagi ini, tujuh persatuan bola sepak jajahan (PBJ) menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Eksekutif KAFA, Arif Hasan di Wisma KAFA di sini bagi mendesak EGM segara diadakan bagi memilih presiden KAFA yang baharu.

Memorandum tersebut diserahkan oleh wakil gabungan tersebut iaitu Yang Dipertua PBJ Tanah Merah, Kamarudin Mohamad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini