Segerakan EGM KAFA - Utusan Malaysia

Segerakan EGM KAFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Tujuh ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini menyerahkan memorandum bagi mendesak badan induk itu segera mengadakan kongres agung luar biasa (EGM).

Langkah itu berikutan Bibi Ramjani Ilias Khan melepaskan jawatan sebagai Presiden KAFA menerusi entri facebook tanpa mengemukan surat rasmi kepada badan induk tersebut.

Memorandum itu diserahkan oleh wakil gabungan tersebut yang diketuai oleh Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) Tanah Merah, Kamarudin Mohamad di Wisma KAFA, Chicha Tinggi hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setiausaha Ekeskutif KAFA Ariff Hassan menerima memorandum tersebut bagi mewakili badan induk itu.

Kamarudin berkata, penyerahan memorandum tersebut bagi menyelamatkan KAFA dari terus berdepan masalah lebih besar kemudian hari selepas usahawan batik itu sudah tidak mampu menguruskannya.

Menurutnya, berpandukan kepada keadaan semasa gabungan PBJ berpandangan KAFA perlu diberikan nafas baharu melalui cara menukar pucak pimpinan.

“EGM ini perlu disegerakan, tambahan pula Bibi Ramjani masih belum mengemukakan surat rasmi yang boleh menyebabkan KAFA berada dalam keadaan tergantung disebabkan peletakan jawatan itu dilakukan secara tidak sah,” katanya.

Kamarudin memberitahu, PBJ amat berharap supaya barisan Exco KAFA dapat mengambil serius perkara tersebut.

Katanya, ini bagi memastikan usaha menyelamatkan KAFA dapat berjalan dengan lancar.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Bibi Ramjani menerusi hantaran laman sosial facebook mengumumkan perletakkan jawatan sebagai presiden selepas hampir dua tahun menerajui badan induk tersebut.

Pada pemilihan 17 September 2017 lalu Bibi Ramjani menang ke atas Naib Presiden KAFA ketika itu, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dengan kiraan 32 berbalas 16 undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini