BANGKOK 20 Jun – Penunjuk perasaan membuang sampah-sarap di hadapan bangunan kerajaan dan menggesa pemimpin ASEAN untuk menghalang import bahan buangan dari negara-negara maju.
Tunjuk perasaan dibuat sewaktu Sidang Kemuncak Asean Ke-34 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Thailand yang bermula hari ini hingga 23 Jun.
Negara-negara ASEAN kini menerima lebih suku bahan buangan global yang kebanyakannya dari negara-negara maju seperti Kanada, Amerika Syarikat (AS), Australia dan Jepun.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Komuniti kami hadir di sini hari ini bagi menuntut semula hak untuk hidup dalam persekitaran yang selesa di Thailand,” kata aktivitis Greenpeace Thailand, Tara Buakamsri. – AFP










