KUANTAN 20 Jun – Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh dipilih sebagai Ketua Dewan Ulama baharu bagi sesi 2019-2021menggantikan Datuk Dr. Mahfodz Mohamad.
Nik Muhammad Zawawi yang merupakan Timbalan Ketua Ulama pada penggal lalu memenangi jawatan itu tanpa bertanding.
Kesemua Jawatankuasa Dewan Ulama Pas baharu yang menang tanpa bertanding itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Dr. Mohd. Fuad Mohd. Salleh.
Senarainya adalah seperti berikut:
PENGERUSI TETAP:
Dr. Hamdan Mohamad
TIMBALAN PENGERUSI TETAP:
Omar Hashim
KETUA:
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
TIMBALAN KETUA:
Datuk Dr. Johari Mat
NAIB KETUA:
Khirul Muntanazar Ismail
AHLI JAWATANKUASA KERJA:
1) Zulkifli Ismail
2) Dr. Azhar Yaakob
3) Mohd. Nor Hamzah
4) Mohd. Asri Mat Daud
5) Zulkarnain Hassan
6) Prof. Dr. Badruzzaman Yusof
7) Muhammad Ismi Mat Taib
8) Najhan Abdul Halim
9) Nushi Mahfodz
10) Nazri Chik
11) Ahmad Yahaya
12) Mokhtar Senik – UTUSAN ONLINE










