PUTRAJAYA – Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet hari ini.
Sumber berkata, pihaknya tidak mendapat sebarang maklumat terkini berhubung perkara tersebut.
“Jika ada keputusan atau maklumat terkini mengenainya, sudah tentu saya tahu perkara tersebut.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Namun setakat pengetahuan saya, tiada perbincangan atau keputusan diputuskan mengenai PPSMI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE.










