Nie Ching tidak campur tangan urusan Pendidikan Islam - Maszlee - Utusan Malaysia

Nie Ching tidak campur tangan urusan Pendidikan Islam – Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menegaskan, tidak timbul isu Timbalannya, Teo Nie Ching mencampuri urusan mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan seperti yang ditularkan dalam media sosial, baru-baru ini.

Beliau berkata, Nie Ching hanya berkongsi maklumat mengenai inisiatif yang dilaksanakan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) berhubung cadangan penambahbaikan mata pelajaran tersebut di sekolah.

“Kaji selidik tersebut dikeluarkan di laman web Kementerian Pendidikan, kemudian Nie Ching kongsikan maklumat tersebut di media sosial beliau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada orang tangkap layar dari media sosial beliau dan timbulkan isu bahawa timbalan menteri mahu campur tangan isu Pendidikan Islam, itu tidak benar dan tidak timbul isu campur tangan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Jalinan Mesra Menteri Pendidikan bersama warga kementerian, di sini hari ini.

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai hantaran Nie Ching dalam laman sosial Facebook miliknya yang mengalu-alukan semua pihak tanpa mengira kaum dan agama untuk memberi pandangan dan idea kepada Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI). – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini