Polis tahan warga emas disyaki bunuh kerana hutang - Utusan Malaysia

Polis tahan warga emas disyaki bunuh kerana hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Jun – Seorang lelaki warga emas yang disyaki terlibat dalam kes bunuh lelaki warga Indonesia di Apartmen Desa Mentari, Petaling Jaya, semalam ditahan di sebuah restoran di Rawang, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, suspek berusia 61 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling jaya pada pukul 11.55 pagi ini.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kejadian ini dan puncanya adalah kerana mangsa tidak mahu membayar upah ubah suai rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, kita turut merampas sebuah motosikal Lagenda dan pisau panjang berukuran 20 sentimeter yang disyaki digunakan dalam kejadian semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki warga Indonesia yang dikenali sebagai Idris, 45, maut selepas ditikam rakan sekerja dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi di Apartment Desa Mentari, Petaling Jaya.

Siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang gagal melunaskan hutang berjumlah ratusan ribu ringgit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini