PM terima kunjungan hormat KP SPRM - Utusan Malaysia

PM terima kunjungan hormat KP SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Latheefa Koya.

Menerusi satu hantaran di Facebook Dr. Mahathir, kunjungan hormat itu berlangsung di pejabat Perdana Menteri di sini.

Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lalu bagi menggantikan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Shukri memutuskan untuk memendekkan perkhidmatan kontrak lebih awal daripada sepatutnya iaitu pada 17 Mei 2020.

Sebagai rekod, beliau merupakan wanita pertama dilantik menjawat jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Latheefa sebelum ini merupakan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini