Ramai sayang KAFA - Utusan Malaysia

Ramai sayang KAFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Dua hari selepas Bibi Ramjani Ilias Khan mengumumkan peletakan jawatan, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilaporkan menjadi calon terbaru menyuarakan minat untuk menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Sumber dalaman KAFA mendedahkan, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mempunyai dana bagi menggerakan badan induk tersebut.

“Jumlah tepat saya tidak dapat perincikan, namun apa yang diberitahu setakat ini RM5 juta menanti Tan Sri jika bersedia menerajui KAFA.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jumlah tajaan dijangka bertambah, kebanyakan bakal penaja sedang meneliti perkembangan ini,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Sumber itu memberitahu, Abdul Rashid sudah membentuk pasukan yang akan menjadi kumpulan sokongan untuk mendapatkan tajaan bagi menggerakkan KAFA.

Katanya, pasukan itu dilaporkan mempunyai pengalaman luas dalam bidang penajaan dan pengurusan bola sepak tempatan.

“Saya turut difahamkan, sudah ada ahli gabungan KAFA yang berminat untuk menamakan Abdul Rashid sebagai pengganti Bibi Ramjani,” ujarnya.

Sumber berkata, pemilihan Abdul Rashid dibuat selepas mengambil kira kredibiliti tokoh berkenaan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seorang tokoh politik dijangka diangkat sebagai peneraju baharu KAFA bagi menggantikan Bibi Ramjani.

Beberapa nama dan tokoh politik disebut-sebut untuk mengambil alih kerusi panas tersebut seperti Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Ketua PKR Cabang Bachok, Datuk Mohd. Rowi Dollah yang juga Exco KAFA bagi penggal 2018-2021.

Wan Abdul Rahim dilihat menunjukkan minat untuk menerajui badan induk itu.

Dalam pada itu, seorang ahli perniagaan muda, Datuk Seri Amril Aiman Abdul Azizi turut menyatakan kemahuan menggalas jawatan Presiden KAFA.- UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini