Serangan tentera Syria ragut 28 nyawa di Idlib - Utusan Malaysia

Serangan tentera Syria ragut 28 nyawa di Idlib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT 20 Jun – Serangan tentera kerajaan Syria di Idlib mengakibatkan 28 orang terbunuh termasuk 17 orang awam, dalam keganasan terbaharu di wilayah yang dihuni tiga juta orang penduduk.

Badan pemantau hak asasi Syria berkata, sebanyak 12 orang awam terbunuh di Kampung Jabal al-Zawiya, tenggara Idlib manakala empat lagi maut dalam serangan udara di selatan wilayah tersebut.

Serangan itu memusnahkan kedai dan mengakibatkan tubuh mangsa terkorban berkecai ketika pasukan penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan mangsa di sebalik runtuhan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian di utara Idlib dekat wilayah Hama, serangan roket tentera kerajaan membunuh 11 orang pemberontak, sehari selepas pertempuran sengit dekat kawasan itu mengakibatkan 55 orang terbunuh termasuk 14 askar kerajaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini