Renjer gagalkan cubaan seludup 280 tong LPG - Utusan Malaysia

Renjer gagalkan cubaan seludup 280 tong LPG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Cubaan dua warga tempatan menyeludup keluar 280 tong gas petroleum cecair (LPG) ke negara jiran gagal selepas ditahan anggota dari Batalion ke-10 Rejimen Renjer Diraja semalam.

Memetik portal Utusan Borneo, jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen dalam satu kenyataan berkata, anggota yang melakukan rondaan telah menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di sekitar sempadan Malaysia-Indonesia di Bau, Sarawak kira-kira pukul 10.15 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati pemandu lori berusia 48 tahun bersama kelindan yang berusia 38 tahun gagal menunjukkan dokumen yang sah berhubung muatan tong gas LPG tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seterusnya pemandu dan kelindan lori terbabit ditahan dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Bau untuk tindakan selanjutnya.

“Jumlah keseluruhan rampasan melibatkan sebuah lori dan 280 tong gas LPG dianggarkan bernilai RM139,000,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini