Tanah runtuh di tapak lombong bijih timah, tiga maut - Utusan Malaysia

Tanah runtuh di tapak lombong bijih timah, tiga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 20 Jun – Insiden tanah runtuh berlaku di sebuah tapak perlombongan bijih timah haram di Bangka Tengah, wilayah Bangka Belitung kelmarin.

Detik News melaporkan, kejadian itu menyaksikan sekurang-kurangnya tiga orang maut.

Kejadian itu turut disahkan oleh Ketua Jabatan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Rita Rosita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tanah runtuh itu berlaku kelmarin pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan, selain meragut tiga nyawa, insiden tersebut juga menyebabkan seorang cedera dan seorang lagi hilang.

“Kejadian itu dipercayai berlaku susulan teknik perlombongan yang tidak mahir dan ditambah dengan hujan lebat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini