Pelatih GiatMara maut, tiga parah kereta terbabas di Jerantut - Utusan Malaysia

Pelatih GiatMara maut, tiga parah kereta terbabas di Jerantut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Seorang pelatih GiatMara maut manakala tiga lagi parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 8 Jalan Jerantut-Temerloh dekat Kampung Temin di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, Muhamad Mazrul Umar, 18, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh kira-kira pukul 4.30 pagi tadi.

Tiga lagi mangsa yang parah ialah Ruzaini Abdullah, 24; Muhammad Aiman Zulkefli, 19, dan Muhammad Izwan Syafar Mohamad Izaini, 19.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis daerah, Superintenden Mazlan Hassan berkata, kereta jenis Ford Laser yang dinaiki empat pelatih Giat Mara dipercayai dipandu laju sebelum terbabas.

“Kereta yang dipandu oleh Ruzaini hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik di sebelah kiri jalan dari arah Jerantut ke Temerloh.

“Kenderaan mereka remuk teruk dan pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini