KUALA LUMPUR – Ibu kepada penyanyi dan penyampai radio Mawi, Ramlah Sarlan telah menghembuskan nafas yang terakhir selepas Maghrib malam tadi.
Perkhabaran sedih tersebut dikongsikan oleh stesen radio Zayan menerusi akaun Instagram rasmi mereka.
“Salam takziah diucapkan kepada keluarga Mawi atas kehilangan emak tercinta yang telah kembali ke rahmatullah Maghrib tadi.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” kongsi radio Zayan.
Mawi merupakan penyampai radio Zayan sejak tahun 2017.
Menerusi Instagram Stories, Mawi berkongsi semula ucapan takziah yang dihantar oleh rakan-rakan artis. – K! ONLINE











