JAKARTA 20 Hub – Satu gempa bumi berukuran 6.3 skala Richter melanda wilayah Papua di timur Indonesia hari ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Gempa tersebut berlaku kira-kira 350 kilometer ke barat pekan Abepura di Papua pada pukul 12.46 pagi waktu tempatan.
Gempa tersebut dilaporkan perlahan sehingga kebanyakan penduduk tidak menyedari gempa bumi sedang berlaku. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











