Sikap Anwar dijadikan Azimat - Utusan Malaysia

Sikap Anwar dijadikan Azimat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Isu video lucah Hafiq Aziz akan terus dieksploitasikan untuk memecah belahkan PKR, khususnya hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan seterusnya meretak dan memecahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bagi tok abah, mereka yg melakukan kerja terkutuk ini, bukan sahaja memusuhi DS Anwar, DS Azmin dn Parti Keadilan, tetapi juga memusuhi kerajaan PH.

Kerana itu seruan tok abah, rakyat perlu berfikir secara waras dan bijaksana, dan jangan dengan mudah membuat andaian bahawa isu video ini sebagai satu masalah apa lagi punca perbalahan, walaupun ia menjadi perkara menganggu fikiran kita semua. Kes ini sedang dalam siasatan polis, dan biarlah ia disiasat sampai ke akhirnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Apa yang perlu ditumpukan kini ialah supaya semua pihak perlu bertenang bersikap #tawaquf dan #tabayyun.

Barangkali, sikap yang diambil Anwar dalam menangani isu video lucah ini wajar dijadikan azimat dan panduan. Anwar tenang dan sangat berhalus dalam mengulasnya. Tiada kenyataan atau perasaan prejudis terhadap Mohamed Azmin, malahan beliau menzahirkan simpati awal-awal lagi kepada timbalannya itu.

Pengalaman yang dilalui oleh Anwar mengajar beliau untuk lebih bersimpati kepada apa diterima Mohamed Azmin terima daripada segala orang yang menzahirkan simpati.

Justeru itulah apabila ada yang meminta Mohamed Azmin bercuti, beliau dengan segera mengeluarkan kenyataan menghalangnya. Katanya, Mohamed Azmin tidak perlu bercuti. Itulah motivasi Anwar kepada Mohamed Azmin yang menjadi rakan seperjuangan dan adik politik yang dididiknya.

Jelas di sini sikap dan pandangan Anwar sangat tulus, dan beliau lebih mengajak kepada pendamaian daripada membuka ruang untuk berlaku perpecahan sesama sendiri, jauh sekali menyelit untuk mengutamakan kepentingan diri.

Sikap ini seringkali mengorbankan dirinya sendiri, tetapi sebagai seorang yg yakin dengan balasan Allah swt, beliau sentiasa saja mengambil sikap utk bertawakal.

Alangkah baiknya, kalau kita pakat-pakat mempraktikkan cara Anwar berfikir dan bertindak, terbuka dan bersedia untuk “engage” dengan sesiapa sahaja, mengajak ke arah pendamaian dan berjiwa pemaaf.

Memang sukar untuk kita menjadi seperti Anwar, tetapi oleh kerana kita telah mengangkat beliau sebagai pemimpin kita, walaupun kita mungkin tidak boleh menjadi seperti beliau, jangan sampai cara tindakan kita menyusahkan beliau.

Wallahu’alam. – UTUSAN ONLINE

* Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Utusan Online.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini