Main PUBG haram - MUI - Utusan Malaysia

Main PUBG haram – MUI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 19 Jun – Permainan dalam talian Player Unknown’s Battleground (PUBG) difatwakan haram oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) Aceh selepas ia didakwa menghina agama Islam dan membuatkan pemain bertindak di luar kawalan.

Fatwa terbabit dikeluarkan di wilayah Aceh selepas Iraq, Nepal dan negeri Gujarat di India melakukan langkah serupa sebelum ini.

MUI hari ini menggesa penduduk tempatan agar berhenti bermain permainan terbabit dan mendesak kerajaan tempatan mengenakan larangan terhadapnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Fatwa berkenaan turut akan dikeluarkan terhadap permainan berunsur ganas yang lain tetapi MUI tidak menyatakan nama permainan-permainan terbabit.

“Fatwa dikeluarkan oleh kami menyatakan PUBG dan permainan seumpamanya adalah haram kerana ia boleh mencetuskan keganasan dan mengubah tingkah laku seseorang.

“Ia turut menghina Islam,” kata Naib Pengerusi MUI Aceh, Faisal Ali.

Tambah Faisal, pihaknya terkejut permainan tersebut sangat popular dalam kalangan penduduk Aceh.

“Kami telah melihat kanak-kanak dan malahan golongan dewasa mula ketagih bermain permainan itu dan mereka memainkannya di mana-mana sahaja dengan telefon pintar mereka.

“Ia sangat membimbangkan,” ujarnya lagi.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini